Anggota kumpulan Kumpulan_Mega

Pada awal penubuhannya (tahun 1988), Kumpulan Mega terdiri daripada 5 orang anggota asal iaitu:-

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Lomaq - bass
  5. Joey - dram

Walau bagaimanapun, semasa rakaman album pertama yang berjudul MEGA dijalankan, pemain gitar bass asalnya iaitu Lomaq telah berundur dari kumpulan ini lalu digantikan dengan Mat Mega sebagai pemain bass Mega yang baru pada waktu itu. Semasa album pertama mereka dirakamkan, Mega terdiri daripada :-

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Mat Mega - bass
  5. Joey - dram
Line-up Mega bermula dari album kedua. Dari kiri Mat Mega, Sam, Rahmad, Munir dan Adi (depan).

Dalam album kedua Mega yang berjudul Ilustrasi, dua daripada lima orang anggotanya telah bertukar ganti di mana posisi Zarith sebagai vokalis telah digantikan dengan Rahmad bin Tohak (Rahmad) manakala posisi Joey sebagai pemain dram pula telah digantikan dengan Abdul Munir bin Samsudin (Munir).

Mega 1990-1996 :

  1. Rahmad - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Mat Mega - bass
  5. Munir - dram

Selepas menghasilkan album kelima pada tahun 1996 yang berjudul Megalomania, kesemua anggota asal Mega telah membawa haluan masing-masing berikutan kejatuhan industri muzik tanah air. Vokalis kumpulan Mega pada waktu itu iaitu Rahmad kemudiannya telah bergabung dengan pemuzik-pemuzik baru yang dikenali sebagai Boy (gitar), Amy (dram) dan Jai (bass). Line-up ini bertahan sehingga sekitar tahun 2001. Perubahan arus industri muzik telah menenggelamkan seketika nama banyak kumpulan rock terkenal berikutan kemunculan irama rock indie dan hip hop mengambil alih pentas muzik tanahair.